Tuesday, January 31, 2012

SQL Server 2008 R2


Assalamualaikum.
:)
Kenyang alhamdulillah baru balik makan.
Tapi penat nya badan fuuuuhh tuhan je tahu! Mana taknya, aku kena attend kursus 3P. Actually kursus ni volunteer sapa yang nak join. Dibuka untuk student final year. So fikir mcm aku ni tak byk je professional cert. , baiklah aku join.
Waktu kelas ni sangat lah lama. Dari pukul 9AM - 5PM.
Mcm office hour. Huhuhu.


Tebal hoccay buku ni!
Buku SQL yg aku dapat FREE sbb join 3P ni. Free! Best gila. Tak penah dalam hidup aku dapat buku setebal ni. Alhamdulillah. Thanks gov.
Yang bestnya, lecture yang ajar ni sporting sangat-sangat sampai dia cakap kat kami "Kalau kawan awak tak datang kelas, awak signkan je. Saya tutup mata." Hehehe. Syokkan?
Insyaallah esok sy datang lepas lunch sir.
Ok letih sgt badan. Nak rest sat.

Saturday, January 21, 2012

Ahh..BBQ time!

Assalamualaikum.
Pening-pening kepala sebab semalam makan kambing banyak sangat kot. Balik-balik je aku kemas barang dalam kereta. Mandi and terus tidur. Letih la pulok.
Malam tadi kami sekawan buat BBQ kat pantai putri. Benda ni rancang time balik lepak-lepak hari ahad lepas. Aku pun takda pape kerja, dorang semua on je.
Ok let's party girls. Hehehe.


Menu malam tadi simple je. Ayam, kambing and sosej. Semua tu aku yang perapkan. Handmade.
Untunglaaaa dapat puji dr member-member. Sedap katanya. Kalau tak sedap pun nasib la belalang. :P Tp aku rasa sendiri pun memang sedap. Hehehehe. Pandai juga aku marinate benda ni semua. Ok,
Here we go......

Ni birthday girl. Dah 23 umur ko ye liya. Happy birthday. :)

Malam tadi boleh pula hujan. Nasib baik renyai je. BBQ terus dijalankan gak. Pakai payung untuk lindung makanan time tgh masak. Hiks. Nasib ada payung.

Stail x? U____U
Kejap je hujan nya. Ingatkn nak pindah ke pondok berhampiran. Tp ada pulak sekumpulan mamat-mamat pendek akal pg bawa khemah dorang naik pondok tu. Motif da ada bumbung duduk gak bawah bumbung?? -____-"
Apa-apa pun kteorang enjoy sangat malam td. Lepak-lepak, borak-borak, gelak sakan. Nice moment.
Love u girls. Next time mesti mcm ni lagi!



Thursday, January 19, 2012

Cuti semester

Assalamualaikum.
Dah pukul 3 ptg rupanya. Ni lah akibat bangun lambat. Even aku da set jam pun aku still bangun lewat. Maybe sebab tiap-tiap malam aku tidur pukul 4 pg. -_____-"
Cuti sem kali ni agak pendek dan ada pula tu kursus yang kena attend. So tak banyak aktiviti yang aku dapat buat. Selalunya time aku cuti sem, semua family aku ada. Sbb mesti cuti time dorang cuti sekolah.
Mak aku cikgu so dengan mak aku pun ada kat rumah. Kalau mcm ni, mmg kami plan pg holiday. Sekarang, aku bangun tido semua takda. !_____! Boring gila ok.

Aktiviti dari Isnin sampai Jumaat, bangun tido, mandi, masak, sidai baju, tgk tv, keluar cari makanan. Kalau cuti ni panjangggggggg mcm sebelum ni. Memang aku dah keje kat tempat keje lama aku yg provided gaji yg banyak. ^^
Secara tak langsung boleh tambah koleksi harta karun aku. Hehehe. Tp mana dpt keje relaks mcm tu lg. Da nak habis sem pun.

Duduk rumah even masuk gak duit dlm purse ni, tp boring xpegi kemana-mana. Nak ajak bf aku keluar mmg la aku malas. Malas nak dating~. Baik tunggu adik aku dari UM tu balik rumah. Dah la full sponsor kalo nak keluar. Sorry syg. Nanti-nanti la kita dating.

Dalam cuti sem yang pendek ni aku rancang dengan member nak buat BBQ malam esok. And hari isnin aku dgn adik aku pg holiday kat Kuantan. :)
Jap lagi pergi beli barang untuk BBQ dgn member-member.
Manyak syok.!

Which your number?

Which your number?
I'm number 5. :)


Kenapa apple tak android? part II


Assalamualaikum.
Kurang sikit penat lepas lepak tgk hindustan. :D
Ok, back to my topic. Why I choose apple and not android?
'Why I' ok! Its not your. So more to my perspective towards this products. Jangan ada yang hentam aku lak lepas ni. Racist katanyaaa. Hehehe

Compare apple dengan android. Apple lebih mengutamakan originality. Sebagai contoh, android market and software. China tab, china phone pun still pakai android. Cuma version yang di install je lain. Kalau yang murah, version yang rendah. Dan sebaliknya. So ko pakai phone samsung ke htc yg paling mahal pun! Phone china ada android mcm ko. Tp ko nya lagi best la dri yg china. Laju ooo android mahai tu.

Tak macam apple. IOS yang di install dalam iphone, ipad, ipod semua sama. Ada phone and tab lain pakai IOS? Takda kan. Kalau ada mai khabaq. :)

Ok tu pasal software. Now cerita pasal market.
Macam android, dia ada market dia sendiri. If I not mistaken android market. Ramai user android dia akan cakap android market is the best sebab kebanyakan apps yang dikeluarkan free. Apple tak, kena bayar. Ada yang murah ada yang mahal. Lagi-lagi Ipad punya apps. Tapi korang mesti tau kan, apple product boleh di JAILBREAK. tp tidak android.
Dengan jailbreak ni, korang boleh download anything yang android takda. ANYTHING.

And lastly is about games. ANDROID banyak ciplak APPLE games.
=)
So for me, tak kisah la korang nak pakai phone jenis apa. Asalkan ianya user friendly.
Aku penah pakai nokia, blackberry, samsung and sekarang iphone.
IPhone is the best!. Blackberry is bored. Android ok lah.
Tu je pendapat aku tentang android dan apple.
Cuma satu kelebihan android, dia ada flash. Apple takda. Tu satu je aku nampak kelebihan dia selain menciplak apple punya idea.

I love my 'apple'.

So android, jangan gigit apple yang putih suci tu lagi. Hehehe. :)